Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN – PPIM – 11/09/2019
12 Sep 2019

Alhamdulillah, PPIM telah menerima sokongan yang luar biasa dalam usaha menghidupkan semula Direktori Peniaga Muslim.

Kepada mereka yang telah memberi sumbangan kewangan dan membantu membuat hebahan, jutaan terima kasih diucapkan kepada anda semua. Semoga Allah membalas sumbangan dan usaha kalian dengan jutaan kebaikan. InshaaAllah. Aamiin.

Setakat ini, pembinaan semula Direktori Peniaga Muslim berjalan mengikut jadual dan dijangka siap pada awal Oktober 2019. Sementara Direktori Peniaga Muslim disiapkan, laman web https://hijrah.com.my/ disediakan untuk mengumpul maklumat (database) peniaga Muslim di seluruh Malaysia. InshaaAllah.

Sumbangan dan sokongan yang berterusan amatlah diharapkan agar kempen Perjuangan Bersama Demi Pengguna dan perlaksanaan agenda ummah dapat direalisasikan. InshaaAllah.

Sumbangan boleh dibuat disini: https://sumbangan.ppim.org.my/  

Layari informasi PPIM disini: https://www.ppim.org.my/

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Sukarelawan PPIM, sila hantarkan Nama, No. MyKad, No. Telefon & Alamat ke WhatsApp https://SukarelawanPPIM.wasap.my/

Hubungi kami ditalian 013-2262 444 atau 019-359 1000 untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Perjuangan Bersama Demi Pengguna!

https://www.facebook.com/ppim.official/photos/a.222765927775887/2585832758135847/?type=3&theater