Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TERKINI: ZERO HUNGER BANTU LEBIH 9,000 RIBU KELUARGA SUSAH SEPANJANG PKP – MALAYSIA GAZETTE TV – 06/05/2020
06 May 2020

CYBERJAYA – Atas dasar tanggungjawab untuk memastikan tidak ada keluarga dari kalangan B40 khususnya yang mempunyai pendapatan harian terputus bekalan, maka Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall menggunakan platform Zero Hunger untuk membantu yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim hasil kumpulan dana dan sumbangan daripada kedua-dua pihak berjaya mengumpul hampir RM1 juta sejak 18 Mac yang lalu dan telah membantu lebih 9,000 keluarga yang terputus bekalan sejak kerajaan menguatkuasakan PKP untuk membendung Covid-19.

“Dalam tempoh PKP ada yang tidak ada pendapatan. Jadi kitalah yang kena bantu.

“Bila kita hantar bekalan makanan kita tidak kira bangsa dan agama, sebab orang lapar ini, tanggungjawab semua bukan tanggungjawab untuk bantu orang Islam sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana PPIM dan Gardenia Bakeries Sdn Bhd untuk program Zero Hunger.

Ujar beliau sehingga kini, 100,000 permohonan diterima oleh pasukan Zero Hunger untuk memohon bantuan kerana berhadapan dengan kekangan bekalan makanan.

Artikel oleh: Malaysia Gazette

TERKINI: ZERO HUNGER BANTU LEBIH 9,000 RIBU KELUARGA SUSAH SEPANJANG PKP

https://www.youtube.com/watch?v=Vza-A6RwBJw&feature=youtu.be