Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TIMBALAN MENTERI KKMM HADIR KE MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM ADUAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JENAYAH SIBER – KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA – 02/07/2020
03 Jul 2020

YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah menghadiri Majlis Penyerahan Memorandum Aduan Pengguna Perkhidmatan Telekomunikasi dan Jenayah Siber kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Memorandum yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan merupakan hasil daripada aduan orang ramai agar perhatian diberikan kepada usaha-usaha untuk mengatasi pelbagai isu berkaitan telekomunikasi dan jenayah siber.

YB Datuk Zahidi menegaskan KKMM menerusi Jabatan dan Agensi akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak bertanggungjawab agar isu yang melibatkan jenayah siber ini dapat diminimumkan. Di samping itu, menerusi program seperti CyberSafe dan Fasih Digital, KKMM akan terus berusaha untuk mendidik pengguna internet untuk menjadi warga digital yang berhemah.

YB Datuk Zahidi turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para peniaga di Malakat Mall.

#KKMM#KomunikasiKita‬‪ #KitaTeguhKitaMenang #CyberSafe #FasihDigital #FasihDigital

Artikel oleh: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

TIMBALAN MENTERI KKMM HADIR KE MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM ADUAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JENAYAH SIBER

https://www.facebook.com/KEMENTERIANKOMUNIKASIDANMULTIMEDIA/posts/3272039186172538