Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TINDAKAN DRASTIK BURU SINDIKET JENAYAH KELDAI AKAUN – HARIAN METRO – 16/1/19
16 Jan 2019

Metro ( keldai akaun ) 16.1.19

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar agensi penguat kuasa di negara ini melaksanakan tindakan lebih drastik untuk memburu sindiket yang mendalangi jenayah keldai akaun.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, jenayah keldai akaun di negara ini kini berada di peringkat serius memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia terjebak dan ada yang dikenakan tindakan mengikut undang-undang meskipun ti- dak terbabit secara langsung.

Katanya, pihak persatuan sendiri menerima aduan hingga 60 ke 70 kes sejak kebelakangan ini daripada mangsa yang dipergunakan dan kebanyakan mereka tidak sedar terbabit dengan aktiviti jenayah itu.

“Pihak penguatkuasa seperti polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) termasuk Peguam Negara perlu melihat isu dengan lebih serius kerana ketika ini, mereka yang ditahan kebanyakannya adalah pemilik akaun saja.

“Bagaimanapun, pihak yang mendalangi jenayah itu masih ramai yang bebas dan menggunakan pelbagai cara untuk memperdayakan mangsa. Mereka yang ditangkap biasanya tidak tahu akaun bank mereka disalah guna dan itu tidak membuktikan mereka terbabit,” katanya di sini semalam.

Nadzim berkata, agensi penguat kuasa mempunyai pelbagai kaedah yang mampu dilakukan untuk mengesan sindiket dan tidak harus memberikan fokus kepada pemilik akaun bank sahaja.

“Sudah tentu mereka boleh cari mereka yang terbabit kerana ATM (mesin pengeluaran wang automatik) sendiri mempunyai kamera. Cari orang yang mengeluarkan wang menerusi akaun itu kerana dia adalah sebahagian daripada sindiket berkenaan,” katanya.

Beliau mendakwa, jenayah membabitkan ‘keldai akaun’ kini didalangi orang tempatan dan bukan sahaja warga Nigeria seperti sebelum ini.

Artikel Oleh : Harian Metro

TINDAKAN DRASTIK BURU SINDIKET JENAYAH KELDAI AKAUN