Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TINDAKAN IKUT AKTA 555 JIKA PERDAYA PELAJAR – BH ONLINE – 4/1/2018
05 Jan 2018

Screen Shot 2018-01-05 at 10.52.03 AM

TELUK INTAN: Mana-mana kolej swasta yang dikesan cuba memperdaya pelajar untuk mendapatkan keuntungan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata semua kolej swasta tertakluk kepada akta berkenaan dan akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati melakukan perkara yang mengelirukan, menganiaya atau memperdaya pelajar mereka.

“Kita juga ada Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) untuk mengkaji status dan kedudukan sesuatu kolej swasta.

“Ia juga bagi memastikan kolej sedia ada adalah tulen dan melakukan tugas (memberi pendidikan) sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan projek fasa dua kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, bahawa pihaknya menerima lebih 30 aduan membabitkan dakwaan penipuan oleh kolej swasta berkaitan dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), termasuk potongan yuran lebih tinggi.

Pada sidang medianya hari ini, Nadzim dilaporkan berkata, PTPTN perlu memantau kolej swasta yang menawarkan kursus dengan tawaran pinjaman daripada tabung itu bagi mengelak kes penipuan wang pembiayaan pelajar sehingga menyebabkan ramai teraniaya.

Idris berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang maklumat terperinci berhubung kes berkenaan.

“Kita akan lihat secara keseluruhan dan mengkaji tuduhan yang dibuat itu,” katanya.

Artikel Penuh di https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/370909/tindakan-ikut-akta-555-jika-perdaya-pelajar