Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, antaranya mengenakan yuran terselindung, enggan membayar semula baki yuran daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain aduan graduan ditipu dengan janji manis dan tawaran yang menarik dari sebuah IPTS.

Menurutnya, pendedahan Persatuan Pengguan Islam Malaysia (PPIM) mengenai tindakan IPTS yang didakwa melakukan pelbagai tindakan melanggar peraturan Akta 355 akan disiasat.

“Saya akan lihat secara keseluruhan dakwaan itu. Sebenarnya kita ada Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) untuk mengkaji status dan kedudukan kolej.

“Ini untuk pastikan kolej yang ada di negara adalah kolej yang tulen yang jalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik dan jika tidak ikut peraturan, kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Projek Fasa 2 bagi pembinaan kampus Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Teluk Intan di sini hari. – UTUSAN ONLINE