Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Tindakan terhadap admin Whatsapp permulaan baik – Sinar Online – 27/4/2017
28 Apr 2017

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju  supaya ‘Group Admin’ (Pentadbir Kumpulan) aplikasi WhatsApp yang gagal mengekang penyebaran maklumat tidak sahih dalam kalangan anggotanya dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu wajar dibuat bagi membentuk  masyarakat yang lebih bertanggungjawab selain mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dan peka apabila  ingin  berkongsi  setiap maklumat dengan anggota lain.

“Sikap suka menyebarkan maklumat palsu telah menjadi satu barah dalam masyarakat kita dan ini  melambangkan budaya masyarakat yang kurang maju kerana mereka tidak semak kesahihan maklumat itu dahulu dan lebih seronok ‘kongsi’ mesej tersebut kepada semua orang yang akhirnya memberi kesan buruk berpanjangan kepada pihak yang difitnah.

Dengan adanya undang-undang atau akta berkaitan ini, ianya akan menjadi satu permulaan baik yang akan membawa faedah kepada semua pihak,” katanya kepada pemberita  di sini hari ini.

Nadzim mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari baru-baru ini  bahawa  Group Admin (Pentadbir Kumpulan) WhatsApp boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahlinya sehingga menggugat keselamatan negara.

Menurut Jailani, menerusi akta itu, antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan termasuk menyebarkan berita tidak benar, menghasut, dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kata Jailani pentadbir kumpulan seharusnya menjadi pengampang maklumat  dengan menapis bahan-bahan yang tidak sahih  selain  perlu lebih bertanggungjawab memastikan tiada anggotanya menyebarkan  maklumat  palsu bagi mengelakkan pentadbir kumpulan dikenakan tindakan undang-undang. – Bernama

Tindakan terhadap admin Whatsapp permulaan baik

Sumber Dari:

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tindakan-terhadap-admin-whatsapp-permulaan-baik-1.666396