Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TINGKAT PRODUKTIVITI, KURANGKAN IMPORT – SINAR HARIAN – 27/11/2021
27 Nov 2021

SHAH ALAM – Kerajaan digesa memperkasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang pertanian bagi meningkatkan produktiviti makanan negara sekali gus mengawal isu kenaikan harga barang makanan dan keperluan harian.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kerajaan seharusnya sudah mula menaik taraf R&D bidang pertanian negara.

“Negara kita tidak seperti Thailand yang memberi penekanan terhadap R&D pertanian. Sebab itu mereka boleh menghasilkan tanaman sepanjang masa.

“Kerajaan perlu buat kajian di Malaysia supaya kita dapat meningkatkan lagi pertanian kita dengan menghasilkan tanaman terutamanya sayur-sayuran yang boleh dihasilkan sesuai dengan cuaca negara.

“Misalnya, pengeluaran beras kita masih lagi pada tahap 70 peratus, selebihnya 30 peratus import.

“Kita perlu tingkatkan pengeluaran supaya bekalan beras boleh mencapai 100 peratus bukan sahaja untuk keperluan rakyat, malah kita boleh eksport beras ke negara luar,” kata beliau.

Harga sayur di Melaka naik lebih separuh harga

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, negara harus meningkatkan produktiviti pertanian bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber makanan luar negara.

“Inisiatif ini perlu bermula daripada kerajaan sendiri. Masalahnya kerajaan pun belum ada inisiatif terbaik dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barang mentah ini,” katanya.

Nadzim turut mengakui kenaikan harga juga boleh berpunca daripada orang tengah atau pembekal yang mengambil kesempatan.

Artikel oleh: Sinar Harian

TINGKAT PRODUKTIVITI, KURANGKAN IMPORT

https://www.sinarharian.com.my/article/174728/BERITA/Nasional/Tingkat-produktiviti-kurangkan-import