Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TONTO LEBIH BERKUASA – UTUSAN MALAYSIA – 4/9/16
05 Sep 2016

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta bertindak terhadap pihak tertentu yang mempunyai kaitan de­ngan ‘tali barut’ atau tonto yang dilihat lebih berkuasa dan menjadi dalang kepada kegagalan kebanyakan operasi mencegah jenayah dan penguatkuasaan di negara ini.

Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi (gambar) berkata, tonto yang selama ini memberi masalah kepada setiap operasi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), masih bebas dan tidak dikenakan tindakan. “Saya nak persoalkan adakah tonto ini lebih berkuasa daripada pihak berkuasa kerana jika dilihat tindak tanduk mereka seolah-olah tidak gentar dengan undang-undang dan sesuka hati mengekori kenderaan pegawai penguat kuasa serta menunggu di hadapan pejabat atau jabatan penguat kuasa. “Kadang kala operasi yang dijalankan untuk membanteras aktiviti haram melibatkan polis gagal ekoran kebocoran maklumat daripada tonto.

Ini perkara yang saya rasa mungkin melibatkan segelintir pihak berkuasa bertindak melindungi kegiatan mereka,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

utusan (tonto lebih berkuasa)

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tonto-lebih-berkuasa-1.378245