Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TOQQI TURUN PADANG TINJAU TAPAK RESTORAN LANGGAR SYARAT BANGUNAN – PPIM – 18/06/2019
18 Jun 2019

Pada Selasa, 18 Jun 2019, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi turun padang melawat tapak restoran milik Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin.

Restoran milik Qobin dilaporkan telah melanggar syarat bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lesen perniagaannya telah dibatalkan.

Namun, setelah Qobin bersetuju membina semula bangunan restoran tersebut, pihak DBKL berkeras untuk tidak membenarkannya berniaga di tapak yang sama.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Samad dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil yang telah menangguhkan kerja meroboh dan memberi peluang kepada Qobin mengalihkan struktur bangunan tersebut.

Bekas Penjelajah Grand Slam Malaysia itu berjanji akan mematuhi syarat bangunan serta arahan DBKL bagi meneruskan perniagaannya.

Qobin pernah berjaya menempa nama sebagai Penjelajah Grand Slam pertama Malaysia selepas menamatkan misi akhirnya ke Titik Darjah Kutub Selatan pada tahun 2017.