Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TUBUH PASUKAN KHAS BANTERAS KONGSI GELAP – UTUSAN MALAYSIA – 6/5/19
06 May 2019

Utusan Malaysia ( Tubuh pasukan khas banteras kongsi gelap ) 6.5.19

Kementerian Dalam Negeri digesa segera menubuhkan sebuah pasukan khas (task force) bagi membanteras kegiatan kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, pasukan tersebut perlu dianggotai semua pihak berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), kementerian terlibat serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, langkah itu dilihat mampu menangani kegiatan jenayah khususnya didalangi kumpulan kongsi gelap..

“Cadangan itu pada saya amat bersesuaian kerana melibatkan semua pihak bagi memastikan tindakan yang dilakukan adalah bersifat menyeluruh serta mengelakkan daripada wujudnya kegiatan jenayah lain termasuk rasuah mahupun memberi perlindungan kepada kumpulan terbabit.

“Dengan adanya pasukan khas itu juga dilihat mampu menyelesaikan kes-kes melibatkan kumpulan kongsi gelap seperti mana yang dilakukan pihak berkuasa sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. “

Beliau diminta mengulas laporan khas Mingguan Malaysia berhubung kegiatan kongsi gelap yang memeras ugut wang perlindungan membabitkan pelbagai jenis perniagaan sekitar Lembah Klang sehingga mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit dalam tempoh sebulan.

Sementara itu, Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak menolak kegiatan kumpulan terbabit mendapat perlindungan daripada pihak tertentu yang mempunyai kuasa dalam aspek perundangan dan penguatkuasaan.

“Tidak dinafikan amalan ini sering berlaku dan adakalanya sudah menjadi kebiasaan dalam perniagaan dengan melihat keadaan pada hari ini khususnya melibatkan kawasan dan perniagaan tertentu.

“Selain itu, saya percaya terdapat juga bentuk kerjasama dengan pihak tertentu untuk melakukan aktiviti tidak bermoral ini melibatkan pihakpihak tertentu termasuk penguatkuasa dengan mendapat imbuhan atau bayaran tertentu,” ujarnya.

 

Artikel oleh : Utusan Malaysia

TUBUH PASUKAN KHAS BANTERAS KONGSI GELAP