Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TUDUH POLIS, TENTERA TAK SOLAT: SAKSI LAIN AKAN DIPANGGIL – HARIAN METRO – 18/08/2020
18 Aug 2020

POLIS tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa saksi lain bagi membantu siasatan kes pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid yang mendakwa anggota polis dan tentera tidak menjaga solat.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya masih menyiasat kes itu selepas Asri tampil memberi keterangan, Jumaat lalu.

“Kenyataan itu dikeluarkan Asri ketika wawancara yang disiarkan di Facebook (FB) Sinar Harian dan ia wawancara bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

“Selain Asri, kami sudah memanggil semua kakitangan Sinar Harian terbabit dan PPIM termasuk Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan.

“Kami juga akan memanggil saksi lain jika perlu untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, penelitian terhadap kenyataan berkenaan mendapati ada unsur jelik serta penghinaan terhadap polis dan tentera.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan.

Artikel oleh: Harian Metro 

TUDUH POLIS, TENTERA TAK SOLAT: SAKSI LAIN AKAN DIPANGGIL

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/611469/tuduh-polis-tentera-tak-solat-saksi-lain-akan-dipanggil