Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TVPPIM | PPIM CADANG BOIKOT 2 PRODUK KELUARAN ISRAEL TANDA PROTES – TVPPIM – 12/05/2021
12 May 2021

Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM merancang untuk memboikot satu atau dua jenis produk berkaitan Israel…. Sebagai tanda tanda protes rakyat Malaysia terhadap serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata langkah untuk memboikot barangan keluaran rejim zionis itu perlu berterusan…

Bukan hanya semasa berlaku peperangan semata-mata.

Ekoran keupayaan masyarakat untuk menyekat pembelian produk Yahudi juga dilihat sukar, pihaknya hanya memfokuskan pada 2 atau 3 jenis produk.

Ini bagi memastikan tindakan itu lebih efektif.

Tambah nya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus bersatu dan memastikan langkah boikot dilakukan selepas mengkaji latar belakang produk berkenaan.

Jumaat lalu, tentera penjajah Israel menyerang rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Tindakan tidak berkeperikemanusiaan itu mengguris perasaan umat Islam seluruh dunia.

PPIM juga menyeru seluruh umat Islam memanjatkan doa serta bermunajat kepada Allah SWT untuk keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti bersama saudara kita di bumi Palestin.

Artikel oleh: TVPPIM

TVPPIM | PPIM CADANG BOIKOT 2 PRODUK KELUARAN ISRAEL TANDA PROTES

https://www.youtube.com/watch?v=dzPjgWROuzY