Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2728) Eksklusif: Fakta Tersembunyi Disebalik Plat Termahal Di Malaysia “PATRIOT 1”
30 Jun 2015

OLEH: Editor



Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) mensasarkan kutipan dana sehingga RM 20 juta hasil penjualan (bidaan)  plat khas ‘PATRIOT’.

Presiden YPNM, Brigadier-General Datuk Husainay Hashim bersama Timbalannya, Datuk Paduka Nadzim Johan dalam sidang media yang diadakan, siang tadi.
Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Presiden YPNM, Brigadier-General Datuk Husainay Hashim menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memberikan kebenaran kepada pihaknya bagi menjalankan bidaan.

“Setiap bidaan plat PATRIOT memerlukan deposit 20 peratus daripada nilai yang ditawarkan.

“YPNM telah diberi kelulusan oleh JPJ untuk menjual plat khas siri PATRIOT,” kata Husainay.

YPNM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berobjektifkan untuk menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.


“Hasil daripada keuntungan penjualan plat ini, YPNM akan melaksanakan aktiviti dan program yang telah dirancang,

“YPNM akan menjalankan program dan aktiviti yang memupuk semangat patriotisme dan menyatupadukan masyarakat berbilang agama serta kaum di Malaysia,

“Kami yakin usaha ini akan mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia,

“Individu atau organisasi yang terlibat dalam penjualan atau pembelian plat PATRIOT, secara tidak langsung menyokong segala usaha YPNM dalam mencapai objektifnya,” kata kenyataan YPNM yang dipetik dari sidang media, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi NGO itu, Datuk Paduka Nadzim Johan menyatakan bahawa pihaknya turut mendapat faedah keuntungan kewangan (selepas pembayaran premium JPJ sebanyak RM1 Juta) dari projek itu, iaitu lebihan dari wang ‘premium’ RM1 Juta itu akan dijadikan dana YPNM.

“Projek bidaan plat ini bukan dilancarkan secara percuma, tetapi kami juga perlu membayar premium kepada pihak JPJ sebanyak 1 juta,

Jika pihak kami berjaya mendapat lebih dari 1 juta, lebihan wang ini akan disalurkan kepada pihak yayasan sebagai dana”, kata Nadzim..

Beliau juga mendedahkan bahawa seramai lima orang telah membida plat yang miliki bidaan tertinggi dalam sejarah Malaysia itu, iaitu PATRIOT 1.

VIDEO: PENERANGAN RINGKAS MENGENAI ‘PATRIOT’
KENYATAAN OLEH PIHAK YPNM MENGENAI PENJUALAN PLAT ‘PATRIOT’

PROMOSI PELANCARAN Bagi 200 Pembeli Terawal Dengan Harga RM500 Tanpa Bidaan! Ayuh Dapatkan Segera No. Plat Khas Siri…
Posted by Yayasan Patriot Negara Malaysia on Friday, June 26, 2015

“PATRIOT 1 dibida pada harga RM1.3 juta, sekaligus mencatat sejarah sebagai harga bidaan nombor plat tertinggi di Malaysia.”

OBJEKTIF PENJUALAN PLAT PATRIOT DIMANIPULASI PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Jika diperhatikan, kebanyakan berita yang dilaporkan oleh media mengenai PATRIOT ini telah dimanipulasi dan disebarkan (viral) tanpa usul periksa walaupun telah diterangkan dengan terperinci di laman www.plat.patriot.org.my
Berikut adalah paparan ‘screen shot’ dari laman plat patriot tentang OBJEKTIF projek khas ini:

Sumber: https://plat.patriot.org.my/page/about

“Kenapa YPNM jual mahal sangat? Sampai cecah RM1.3 juta! Nombor plat ‘je’ pun…”  


“Ini mesti taktik ‘business’ yang nak kaut keuntungan peribadi ni..”


Keratan dialog diatas antara topik perbualan hangat yang diperkatakan umum sekarang. Ini input fakta yang dimanipulasikan (oleh pihak tidak bertanggungjawab). Perkara sebegini tidak patut terjadi, oleh itu semua pembaca (rakyat) kena pastikan kesahihan maklumat yang diterima itu ‘sah’ dahulu sebelum mempercayainya bulat-bulat.


Pada 2011, plat khas G1M1 telah dijual dengan harga RM1.3 juta. Pokoknya, harga bidaan PATRIOT 1 bukanlah perkara ‘luar biasa’ untuk dijadikan isu.

“Plat khas G1M1 berjaya dijual pada harga yang sama, iaitu RM1.3 juta! Namun, plat PATRIOT 1 masih lagi dalam proses bidaan dan dijangka meningkat sehingga mencecah RM 2.5 juta.” 

Sumber: http://carplate.blogspot.com/2011/08/malaysia-highest-car-plate-number-bid.html

Bagaimanapun, sekalung tahniah diucapkan kepada pihak YPNM kerana berani tampil untuk jawab tohmahan yang diterima, sekaligus berjaya ‘menjernihkan’ keadaan dan imej pihak mereka daripada dicalarkan pihak tidak bertanggungjawab.

FOTO: SEKITAR SIDANG MEDIA (30/06/2015)



Ihsan: Media PPIM

INFO: ANTARA PLAT LAIN YANG MILIKI HARGA BIDAAN TERMAHAL SEBELUM INI.

Displaying nombor-plet-termahal-malaysia-2014-W1N.jpg

Displaying kosmo Plat WWW 1_08042012_2e2.jpg
Displaying Plat-BMW.jpg

APA KOMEN PENGARAH JPJ MENGENAI KONTROVERSI ‘PATRIOT 1’?

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad 

Menurut portal berita Malaysiakini, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad enggan mengulas perkara itu dan berkata soalan itu sepatutnya diajukan pada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketiadaan jawapan-jawapan itu mengundang kritikan sama ada amalan kronisme terlibat dalam urusan bidaan itu. Namun, perkara ini telah dinafikan pihak YPNM.

“Malaysia,