Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
UNDI18 DIKATAKAN PUNCA SUASANA POLITIK BAHARU – SAMUDERA.MY – 23/11/2022
24 Nov 2022

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Undi18 dikatakan antara punca suasana politik negara berada dalam keadaan tidak menentu dan tiada pemerintah dapat ditentukan, ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

“Bagaimana kepercayaan yang begitu besar boleh diletakkan ke atas mereka tanpa sebarang panduan terlebih dahulu seperti dengan mengadakan kursus politik untuk mendidik anak-anak muda ini,” tegas beliau, lapor berita tempatan.

Katanya, kebanyakan mereka yang berumur 18 tahun baru sahaja tamat sekolah menengah dan masih tidak mengenali dunia politik.

“Tidak masuk akal betul perkara ini dilaksanakan, kalau macam itu lebih baik bagi pelajar 12 tahun pun untuk mengundi, sama sahaja pengetahuan kebanyakan pelajar tersebut,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan seharusnya bekerja rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Walaupun Kerajaan dibentuk, ia akan tetap lemah kerana tidak membawa suara hati rakyat.

Beliau turut berpendapat, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap mana-mana kerajaan terutamanya sekiranya PH mentadbir semula.

“Banyak keputusan yang dilaksanakan tidak munasabah dan sistem ini perlu dikaji semula dengan lebih serius dengan mengambil kira pendapat NGO,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr Lee Nan Sang berkata, lebih baik sekiranya persefahaman dapat dicapai dan Kerajaan dapat dibentuk secepat mungkin.

“Rakyat bimbang perkara yang akan terjadi dan hilang keyakinan dengan pentadbiran negara, di samping nilai ringgit dan saham juga akan terus terjejas. Namun, negara kita masih mempunyai pentadbir tertinggi iaitu Yang di-Pertuan Agong untuk mengawal keadaan semasa,” ujarnya.

Artikel oleh: Samudera.my

UNDI18 DIKATAKAN PUNCA SUASANA POLITIK BAHARU

https://www.samudera.my/undi18-dikatakan-punca-suasana-politik-baharu/