Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
USAH BERTINDAK LUAR BATAS – HARIAN METRO – 26/7/2017
26 Jul 2017

harian metro 26.7.2017

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) supaya tidak bertindak di luar batas dan mematuhi undang-undang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kedua-dua laporan polis yang dibuat oleh PPIM dan syarikat skim pajakan kereta di Sri Kembangan.

“Seperti yang kita umumkan, siasatan dijalankan satu pasukan khas untuk melihat semua laporan polis daripada kedua-dua pihak atau semua pihak.

“Jadi biar kita selesaikan siasatan itu dulu dan saya nasihati semua (individu dan NGO) termasuk PPIM supaya mematuhi undang-undang.

 “Kalau kita tak ada kuasa untuk melakukan apa juga tindakan, kita janganl buat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengerusi Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Polis (PERKEP) dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman, semalam.

Pada 10 Julai lalu, PPIM bersama 23 pemilik kereta didakwa menceroboh premis sebuah syarikat di Seri Kembangan dengan alasan bagi membantu mangsa teraniaya dengan skim pajakan kereta.

Malah, Isnin lalu, PPIM bersama beberapa pemilik kereta berkenaan turut ke ibu pejabat syarikat terbabit di Sri Kembangan bagi berbincang mengenai pajakan serta pengembalian kenderaan mereka.

Dalam perkembangan lain, Khalid memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung laporan polis dibuat oleh peguam Siti Zabedah Kasim kelmarin, yang mendakwa menerima pelbagai ancaman termasuk untuk memenggal kepalanya.

Snapshot(2)

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/07/247704/usah-bertindak-luar-batas