Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
USAHA MEWUJUDKAN SEMULA DIREKTORI PENIAGA & PRODUK MUSLIM – PPIM – 07/09/2019
07 Sep 2019

Seperti semua sedia maklum, PPIM dan UMMAH telah melancarkan kempen Sokong Produk Muslim pada April lalu. Alhamdulillah, kini kesan dan penerimaan pengguna Islam amat luar biasa.

Untuk makluman, kami di PPIM pernah mewujudkan direktori (laman web) peniaga & produk Muslim pada tahun 2012 tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan walaupun direktori telah siap sepenuhnya. Lebih mengecewakan pembentangan direktori tersebut kepada beberapa agensi kerajaan hanya dilihat sebelah mata. Akhirnya direktori terpaksa ditutup atas masalah kewangan untuk mengekalkan laman web terus berfungsi.

Alhamdulillah kami yakin ini adalah masa yang sesuai untuk menghidupkan kembali direktori peniaga & produk Muslim.

Kepada sesiapa yang ingin membantu usaha mewujudkan semula direktori peniaga & produk Muslim bolehlah memberi sumbangan kewangan melalui sumbangan.ppim.org.my atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006).

InshaaAllah amanah ini akan kami laksanakan sebaik mungkin demi masa depan yang lebih baik kita bersama.

Mohon disebarkan mesej ini agar usaha mewujudkan semula direktori peniaga & produk Muslim terlaksana. Terima kasih.

https://www.facebook.com/ppim.official/photos/a.222765927775887/2578030725582717/?type=3&theater