Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
USAHAWAN-USAHAWAN INDUSTRI FRANCAIS DIDISKRIMINASI OLEH FRANCAISOR – SIDANG MEDIA – 29/1/19
29 Jan 2019

Sejak setahun yang lalu kami di PPIM menerima banyak aduan daripada usahawan-usahawan industri francais yang mendakwa mereka didiskriminasi dan mereka di zalimi oleh francaisor. Mereka dikatakan kehilangan antara RM150 ribu hingga RM3 juta mengikut industri. Kementerian pula dikatakan tidak melindungi industri tetapi dikatakan “berkawan rapat” dengan francaisor dan tidak membela pengusaha daripada “dipermainkan” serta ditindas.

YB Menteri baru daripada kerajaan baru diharapkan dapat membawa perbezaan kepada kaedah layanan hambar kepada pihak pengusaha (francais) yang sentiasa dikatakan bersama francaisor-francaisor.

Terkini didakwa ada kira-kira 20 pengusaha francais stesen minyak Petron yang dikatakan akan ditamatkan kontrak yang mana ada di antaranya telah menguruskan stasen minyak lebih 20 tahun dan merekodkan jualan yang lebih daripada purata jualan.

Di sudut lain pula, ada juga syarikat yang dikatakan menguruskan lebih 300 stesen minyak yang dilihat melanggar polisi pengagihan ekonomi yang baik. Banyak isu-isu penting yang akan dibincangkan bagi mencari kebenaran dan keadilan

274a0e31-8894-4d17-872c-14a1d55be8d3 827043a7-cfdf-4c9e-9ec0-2c8592fcd3a9

006f0c68-0d56-4f1e-a7cc-18dfbf765376 7adbb19b-0f5c-4c32-a7ed-846a653d9e4b 25e3b052-c4f5-45d2-98c9-87ee03fe387925600f54-f5cf-4dba-afbc-8bbe80c8cc9da37a89a4-5e3d-4622-aac2-88bdca7a6c92 ada04901-b0f0-4227-b6fd-010e8c4a7961