Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nazim Johan berkata, sebagai pihak yang bertanggung jawab terhadap pembangunan kawasan di sekitar kampung itu, pihak pemaju seharusnya mengambil kira kepentingan dan kebajikan penduduk sekitar kawasan yang sedang dimajukan itu.

“Isu ini di bawa ke hadapan kerana sebelum ini kawasan ini tidak pernah banjir, dan menurut laporan yang kita ada, disebabkan oleh kerja-kerja pemaju yang tidak bertanggung jawab kepada penduduk,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Penduduk Kampung Sungai Serai hari ini.

Dua kejadian banjir lumpur yang berlaku pada 16 dan 18 April lalu, mengakibatkan kerosakan pada 39 buah rumah penduduk, dan memaksa 52 keluarga dipindahkan.

Nazim berkata, sehingga kini, masih ada anak-anak yang tidak bersekolah kerana peralatan persekolahan mereka hilang dihanyutkan banjir.

“Isu kita, perkara ini tidak seharusnya terjadi. kalau ini boleh terjadi di sini, di tempat lain pun boleh berlaku juga,” tambah Nazim.