Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, dalam operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan itu, seramai lapan wanita warga Vietnam yang merupakan pekerja premis tersebut ditahan.

“Ini serbuan kedua yang kita lakukan di bangunan ini selepas pemilik premis melakukan kesalahan dengan menawarkan aktiviti pelacuran kepada pelanggan.

“Kalau tengok bangunan ini saya kira mungkin terdapat lebih 30 bilik dan bilik-bilik ini dibina siap dengan bilik mandi dan dua katil. Kita ambil keputusan drastik dengan merobohkan binaan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi berkenaan. – UTUSAN ONLINE