Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
[VIDEO] ROADSHOW KHAS KOPPIM DALAM MASA TERDEKAT – MELAYUBANGKITNEWS – 17/02/2020
19 Feb 2020

CYBERJAYA – Satu roadshow khas bakal diadakan ke seluruh negara bagi memberi penerangan dan mempromosikan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) di kawasan luar bandar.

Pengasas Brainy Bunch dan Kumpulan Raudhah City, Mohd Fadzil Hashim berkata, perkara itu kini sedang dalam perbincangan dan akan melibatkan kerjasama daripada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Ikon BMF, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Izzat.

“Roadshow ini untuk mencari atau memudahkan umat Islam seluruh negara membeli syer KoPPIM termasuk mendengar penjelasan-penjelasan lebih lanjut mengenai koperasi ini.

“Ini juga antara inisiatif yang kita lakukan untuk mencapai sasaran satu juta ahli dalam masa setahun.

“Selain itu, kita juga sedang mencari wakil di setiap negeri untuk menjadi sukarelawan, InsyaAllah kita akan capainya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dalam masa terdekat kerana kita sedang menunggu kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),” katanya. ~ MBNews

Artikel oleh: MelayuBangkitNews

[VIDEO] ROADSHOW KHAS KOPPIM DALAM MASA TERDEKAT

https://melayubangkitnews.com/video-roadshow-khas-koppim-dalam-masa-terdekat/