Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
[VIDEO] STREET FOOD KANTONIS DI CHAN MARI CHAN, MALAKAT MALL – MALAKAT TRIBUNE – 23/10/2020
23 Oct 2020

RAUDHAH CITY – Rangkaian restoran Cina Muslim terkenal, Mohd Chan hari ini membuka cawangan ke 20 yang dijenamakan sebagai Chan Mari Chan di Malakat Mall, Cyberjaya.

Pengarah Urusan Kumpulan Mohd Chan, Datuk Nik Mohd Chan berkata, restoran itu menampilkan konsep baharu sajian fusion Kantonis dan pelbagai pilihan citarasa masakan Melayu.

Beliau berkata, berbeza dengan menu-menu yang biasa dihidangkan di Restoran Mohd Chan, outlet ini mengetengahkan tema sajian jalanan atau street food yang popular terutama dalam kalangan generasi muda.

“Chan Mari Chan diharap dapat memenuhi citarasa orang ramai yang gemarkan makanan Kantonis dengan jaminan halal tanpa was-was.

“Saya mensasarkan pembukaan beberapa lagi outlet restoran ini pada tahun depan sekiranya keadaan membenarkan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran restoran itu di Malakat Food Street, Malakat Mall hari ini.

Nik Chan Mohd Chan

Majlis turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Syarikat, Datuk Mohd Chan Abdullah; Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dato’ Nadzim Johan.

Nik Chan berkata, antara menu utama yang cuba diketengahkan adalah hidangan dim sum stim dan goreng, pau goreng, oden, nasi lemak, ayam Kung Pau, Ayam Kam Heong, Sotong Masak Cili Thai, Taufu Sizzling, Ikan Siakap Masak Cili Taucu, hidangan panggang dan pelbagai jenis minuman. 

Sebahagian menu yang disajikan

Tambah beliau, pembukaan premis yang lebih selesa dan hipster itu juga diharap dapat mengubah persepsi golongan muda yang menganggap restoran Mohd Chan hanya sesuai untuuk pilihan tempat makan berkeluarga.

“Selain memperkenalkan menu-menu bahru kami, pembukaan Chan Mari Chan ini juga diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Malakat Mall sekaligus memperkasakan ekonomi umat Islam,” katanya.

Restoran Chan Mari Chan beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam.

Artikel oleh: Malakat Tribune

[VIDEO] STREET FOOD KANTONIS DI CHAN MARI CHAN, MALAKAT MALL

https://www.malakattribunenews.com/2020/10/street-food-kantonis-di-chan-mari-chan-malakat-mall/