Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
WAKALAH BUAT BEKAS PEMAIN SUKAN TEMPATAN – PERKESO PETALING JAYA – 16/07/2020
17 Jul 2020

Selangor – Satu majlis ringkas telah diadakan di PERKESO Selangor bersama-sama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan [Yakeb] bagi menyampaikan pemberian bantuan buat bekas pemain sukan tempatan iaitu Muhammad Kamal Ishak (Sepak Takraw) dan Jusof Udin (Pelumba Basikal).

Majlis ini diadakan bagi membantu bekas atlet serta menggalakkan persatuan-persatuan yang menggajikan para atlet untuk mencarum PERKESO. Selain itu, buat atlet persendirian juga turut digalakkan bersama-sama mencarum dibawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Turut hadir bersama adalah Ahli Lembaga PERKESO, Dato’ Nazim Johan dan juga Pengerusi YAKEB, Dato’ Noorul Arrifin Abdul Majeed bersama Dato’ K. Rajagopal.

Wakalah ini merupakan pemberian semula bayaran zakat kepada pengeluar zakat sebagai wakil kepada pusatzakat untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak menerimanya.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain.

Artikel oleh: Perkeso Petaling Jaya

WAKALAH BUAT BEKAS PEMAIN SUKAN TEMPATAN

https://www.facebook.com/ppn.selangor.9/posts/382472919393401