Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
WASPADA BELI UBAT DALAM TALIAN – BERITA HARIAN – 29/112/18
31 Dec 2018

BH (waspada beli ubat dalam talian) 29.12.18

Pembelian ubat-ubatan secara dalam talian perlu dilakukan secara bijak bagi mengelak pengguna mengalami kesan sampingan yang boleh mengundang bahaya kesihatan.

Ini berikutan sebahagian besar pengguna adalah wanita dan dilaporkan mengalami kesan sampingan hingga memudaratkan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata fenomena jualan ubat yang didakwa merawat penyakit, termasuk cecair titis mata secara dalam talian yang didakwa menerangkan penglihatan semakin berleluasa.

Berhadapan situasi ini, beliau berkata pengguna perlu bijak dan sentiasa berwaspada kerana pembelian secara maya mendedahkan mereka risiko kesan sampingan.

Katanya, mengikut peraturan penggunaan ubat-ubatan perlu mendapat nasihat doktor kerana setiap individu mempunyai sistem badan berbeza. Tidak semua ubat sesuai untuk setiap individu.

“Pastikan produk atau ubat-ubatan mempunyai jaminan Kementerian Kesihatan, selain disahkan pakar mengenai keselamatan dan keberkesanan serta kandungannya disahkan selamat,” katanya kepada BH ketika mengulas pengambilan ubat titis didakwa boleh menerangkan mata tanpa menjalani pembedahan bagi merawat rabun dan katarak.

Beliau berkata, penjual juga perlu lebih bertanggungjawab dalam mempromosikan produk berpandukan syarat pihak berkuasa.

“Peniaga tidak boleh sewenangwenangnya mendakwa produk mampu memulihkan penyakit hanya untuk meraih kepercayaan pembeli.

“PPIM sedia menerima aduan pengguna dan bertindak dalam menangani sebarang masalah berkaitan isu ini,” katanya. Ketua Aktivis PPIM

Artikel Oleh : Berita Harian

WASPADA BELI UBAT DALAM TALIAN