Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ZALIM DAN SOMBONGNYA PERBANKAN ISLAM (ISLAMIC BANKING)? – SIDANG MEDIA PPIM – 14/01/2020
14 Jan 2020

“Kita boleh lelong walaupun sebulan tertunggak, semaklah “Perjanjian Jual Beli!”

Kenyataan diatas dikeluarkan oleh pegawai bank (Islamic banking) yang tidak lagi berpegang kepada prinsip pinjaman dalam Islam. Rujuk pada surah al-Baqarah, ayat 280.

Dalam keadaan ekonomi hari ini, peminjam mengalami masalah untuk memungut wang bagi perkhidmatan yang dibekalkannya kepada orang lain. Manakala orang tersebut juga mempunyai masalah pungutan daripada pihak lain. Ini mengakibatkan tertunggaknya 2 bulan bayaran bulanan kepada bank. Bank pula telah mengeluarkan saman untuk melelong rumah walaupun peminjam mempunyai deposit tetap (fixed deposit) sebanyak RM40,000 dan sebelum ini tiada masalah yang dihadapi.

Ini merupakan antara keadaan yang berlaku di dalam pinjaman yang berbagai jenis dewasa ini.

Tidakkah bank mempunyai kaedah lain selain daripada melakukan usaha untuk melelong yang sudah tentu akan mendatangkan masalah besar kepada masyarakat akhirnya.

Di samping itu, bank juga suka mengenakan “Penalty Interest” yang amat tinggi kepada peminjam yang mempunyai masalah bayaran bulanan. Ini adalah tindakan yang tidak masuk akal dan kerakusan menguasai amalan dan kemanusiaan sudah tiada tempat di dalam masyarakat hari ini.

Justeru itu, PPIM dan Movements of Justice, Peace and Humanity mengadakan satu sidang media bagi mendedahkan berbagai perangai buruk kebanyakan bank.