Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1029) HARIAN METRO 9/12/2013 -BANTU BANDUAN BERDIKARI-
09 Dec 2013

Headline: Bantu banduan berdikari
Publication: HM
Date of publication: Dec 9, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 004
Kuala Lumpur: “Mesti ada pihak kedua yang memantau
bekas banduan sehingga mereka sendiri boleh berdikari,” kata Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Katanya, pihak kedua iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) dan Jabatan Penjara berkaitan harus memantau banduan selepas mereka
keluar bagi memastikan kehadiran dalam masyarakat diterima.
“Kebanyakan bekas banduan sukar mendapat pekerjaan
berikutan stigma masyarakat yang tidak yakin dengan kebolehan mereka. Ia sekali
gus menyebabkan mereka kembali kepada rakan lama dan mengulangi kesilapan.
“Mereka ini tiada tempat bergantung dan dibiarkan
berdiri sendiri, justeru kerjasama pihak berkaitan perlu sehingga mereka diberi
pekerjaan. Namun, tidak boleh dibiarkan dan pemantau harus dilakukan
berterusan,” katanya, semalam.
Nadzim mengulas laporan muka depan Harian Metro pada Sabtu
lalu, mengenai bekas banduan dikenali Botak Chop, 53, yang insaf selepas
meringkuk dalam penjara lebih 26 tahun dan disebat 104 kali secara berperingkat
bermula 1992 hingga 1998.