Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Seorang wanita telah ‘bebas’ setelah berada dalam status muflis selama 13 tahun. Wanita ini telah dianiaya oleh bekas majikannya dengan diperangkap melalui pinjaman bank sebanyak menderita melakukan kewangan sepanjang berada dalam status muflis. PPIM telah berjaya membantu mangsa untuk keluar daripada status muflis.

Seorang wanita telah ‘bebas’ setelah berada dalam status muflis selama 13 tahun. Wanita ini telah dianiaya oleh bekas majikannya dengan diperangkap melalui pinjaman bank sebanyak menderita melakukan kewangan sepanjang berada dalam status muflis. PPIM telah berjaya membantu mangsa untuk keluar daripada status muflis.

PPIM Serbu Kilang Roti Terkenal Yang Menjijikkan

PPIM telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan memberi maklumat berkenaan sebuah kilang roti yang kotor. Sebuah serbuan dibuat terhadap kilang roti High-5 di Pulau Pinang. Hasil serbuan mendapati keadaan kebersihan kilang tersebut sangat menjijikkan. Sijil halal produk roti High-5 juga didapati telah tamat tempoh tetapi tetap dijual dengan logo halal JAKIM. Kesannya, kilang tersebut diarah tutup serta merta selama 2 minggu.

PPIM Dedah Kartel Daging Haram Tukar Jadi Halal

Pendedahan tentang sebuah kartel yang menyeludup daging haram telah mengejutkan pengguna Islam di Malaysia. Daging haram yang dibawa masuk ke dalam Malaysia telah ditukar pembungkusannya beserta logo halal JAKIM. Dengan pendedahan kegiatan penyeludupan ini, umat Islam Malaysia telah memakan daging haram ini tanpa disedari selama bertahun-tahun.

Pinjam Ahlong RM50,000, Ahlong Tuntut RM1 Juta

Seorang wanita yang pada asalnya cuma ingin meminjam sebanyak RM50,000 tetapi akhirnya terpaksa menanggung hutang sehingga RM1 juta! Bukan hanya diugut, ahlong tersebut juga telah mengikat mangsa dengan kontrak selama 75 tahun. Sekiranya mangsa gagal melunaskan bayaran tersebut, anak mangsa akan menanggung hutang tersebut hingga hutang tersebut selesai. Bagi memastikan mangsa tidak boleh melarikan diri, ahlong tersebut telah merampas passport dan surat beranak milik mangsa dan anak mangsa.

Lebih 15,000 Kes Ahlong Berjaya Dikendalikan

PPIM berpengalaman selama 10 tahun dalam menguruskan lebih 50,000 kes ahlong dan berjaya menyelesaikan lebih 15,000 kes dengan jumlah pemotongan bunga yang melibatkan nilai lebih RM200 juta.

Ahlong Sogok RM60,000 Untuk Tutup Mata

Untuk memastikan kegiatan pinjaman haram mereka tidak diganggu, terdapat ahlong sanggup memberi wang sogokan sebanyak RM60,000 sebulan supaya PPIM menutup mata dan memekakkan telinga terhadap semua aduan yang diterima. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga aktivis PPIM yang diganggu dengan ancaman bunuh serta diekori sehingga ke rumah. Tetapi PPIM tetap teguh demi memastikan peminjam yang ditindas dapat dibela dan tidak diganggu ahlong.

Peniaga Kurung Pembeli di Kompleks Kota Raya

PPIM bertindak cepat dengan membantu mendapatkan semua wang yang telah ditipu oleh penjual telefon bimbit di Kompleks Kota Raya. Sebelum ini, PPIM menerima aduan tentang ada peniaga yang menaikkan harga telefon bimbit yang dijual daripada RM200 kepada RM1200.

PPIM Berjaya Dapatkan Semula Kereta Mangsa

Dalam satu serbuan ke syarikat pajakan kereta (AGR GROUP). PPIM telah berjaya menyelamatkan sebanyak 56 buah kenderaan dan masih terdapat 1400 buah kenderaan yang masih belum diambil. Difahamkan syarikat ini telah menipu seramai 500 individu manakala kenderaan yang masih dalam pegangan syarikat tersebut sebanyak 1500 buah.

Pembongkaran Tepung Gandum Mengandungi Bahan Beracun

PPIM mendedahkan bahawa terdapat tepung gandum yang dicampurkan dengan benzoil peroksida untuk memutihkan tepung. Penggunaan bahan ini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti penyakit berbahaya kepada manusia. PPIM telah menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melarang penggunaan benzoil peroksida ini dalam tepung gandum yang dijual di Malaysia.

Toqqi Mengamuk Kerana Samseng Tarik Kereta

Tular sebuah video memaparkan dua orang samseng jalanan cuba untuk menahan dan menarik kereta lain tetapi tidak memiliki dokumen dan kad kuasa yang sah. Toqqi yang kebetulan menyaksikan sendiri tindakan kedua samseng tersebut telah bertindak dengan menyelamatkan kenderaan mangsa daripada ditarik oleh samseng tersebut.

PPIM Memperjuangkan ‘Buy Muslim First’ (BMF)

PPIM menyokong kempen “BMF” bagi memperkasakan ekonomi umat Islam. Sebelum ini, ekonomi umat Islam amat ketinggalan kerana kurangnya sokongan daripada umat Islam sendiri. Melalui kempen sokongan ini, lebih ramai pengusaha Muslim boleh dibantu dan jurang ekonomi boleh dirapatkan kembali.

Bekerjasama Melancarkan Malakat Mall di Cyberjaya

Melalui KoPPIM (Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia), Malakat Mall telah berjaya ditubuhkan di Cyberjaya untuk menghidupkan kembali ekonomi umat Islam setempat. Di Malakat Mall, pedagang-pedagang Islam berhimpun dan memberikan lebih banyak pilihan produk keluaran Muslim kepada pengguna. Pengguna Islam juga lebih mudah untuk menyokong kempen BMF dengan pilihan produk keluaran Muslim untuk pelbagai kegunaan.

Kotak Infaq Rezeki Bantu 100,000 Keluarga

PPIM mengambil inisiatif melalui sumbangan orang ramai untuk menjalankan program kotak Infaq Rezeki bagi membantu keluarga yang terjejas akibat PKP yang lalu. Kotak Infaq Rezeki yang terdiri daripada bahan makanan asas agar mereka tidak kelaparan. Pemberian kotak Infaq Rezeki ini telah memberi manfaat kepada 50,000 keluarga dengan nilai sebanyak RM4 juta di seluruh negara.

Pembongkaran Sarung Sosej Dibuat Dari Usus Babi

PPIM menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas kepada pengilang makanan yang didapati menggunakan bahan tidak halal yang berasaskan babi dalam produk mereka. Tindakan ini boleh mengelirukan umat Islam yang amat mementingkan aspek halal dalam pemilihan makanan.