Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1056) RAKYAT NEWS 24/12/2013 HUTANG 83 JUTA : WANITA MELAYU DIISYTIHAR MUFLIS
26 Dec 2013

KUALA LUMPUR 24 Dis – Seorang pekerja sebuah syarikat swasta
terkejut diisytiharkan muflis selepas beliau dianiaya oleh bekas majikanya dan
terpaksa menanggung hutang bernilai RM 83 Juta 
serta penggunaan kad kredit untuk penggunaan pejabat bernilai RM
127,000.
Radziah Hussein berkata, beliau terkejut sejurus menerima
surat mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman bankrap kepadanya tanpa menerima
sebarang surat tuntutan daripada pihak bank.
“Saya terkejut selepas saya diisytiharkan muflis
sedangkan saya tidak pernah menghadirkan diri ke mahkamah serta mewakilkan
kepada mana-mana peguam bagi pihak saya ke mahkamah bagi membuat mahkamah.
“Saya juga pernah membuat surat kepada pihak bank
tetapi pihak bank telah menyatakan bahawa saya tidak boleh membuat sebarang
tindakan kerana hukuman telah dijatuhkan oleh pihak mahkamah,” katanya
semasa sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di
Kondominium Villa Puteri di sini hari ini.
Beliau kemudian telah dibebaskan daripada status muflis
serta hutang tersebut baru-baru ini selepas permohonan pembatalannya diterima
oleh mahkamah di atas bantuan dan tindakan daripada PPIM.
Radziah memberitahu, dirinya merasa begitu tertekan semasa
mengetahui jumlah hutang tersebut sehingga ditimpa kemurungan serta takut untuk
berjumpa dengan orang ramai.
Katanya, beliau percaya ini adalah konspirasi terancang
antara bekas majikannya dengan pihak bank kerana beliau tidak pernah menurunkan
sebarang tandatangan untuk pinjaman tersebut.
“Saya rasa trauma semasa mengetahui nilai hutang dan
tidak sedarkan diri selama tiga hari dan sering kali mengalami pening kepala
kerana tekanan melampau.
“Saya benci untuk bertemu dengan orang ramai kerana
merasakan semua orang di negara ini adalah penipu.

“Tetapi saya pelik kerana tiada sebarang
bantahan daripada pihak bank selepas saya dibebaskan dan atas dasar itu saya
percaya wujud penipuan di antara pihak bank dan bekas majikan saya,”
ujarnya