Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1088) RAKYAT NEWS 7/1/2014 REKAAN DICIPLAK : TUDUNG FAREEDA RUGI RM 5 JUTA SEBULAN
07 Jan 2014

KUALA LUMPUR 6 Jan – Syarikat penjualan tudung, Fareeda
House of Scarf (Fareeda) terpaksa menanggung kerugian lebih RM 5Juta sebulan
selepas rekaan tudungnya diciplak dan dijual melalui laman-laman sosial.
Pengarah Urusan Syarikat Fareeda, Aminuddin Basirron
berkata, walaupun syarikatnya telah mendaftar di Perbadanan Harta Intelek
Malaysia, sebanyak tujuh rekaan asal syarikat tersebut telah dihasilkan secara
haram dan dijual meluas ke seluruh negara.
“Kita ada tujuh rekaan utama yang telah diciplak dan dijual
secara berleluasa di seluruh negara dan anggaran kita sebanyak 50,000 helai
dijual secara haram sebulan dengan anggaran keuntungan lebih RM 5Juta sebulan.
“Ianya bukan sahaja dijual di laman sosial tetapi turut
dijual di butik-butik, pasar malam dan di tepi-tepi jalan,” katanya kepada
pemberita semasa sidang media di Ibu Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) di Kondomium Villa Puteri di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan
Pengasas Fareeda, Fareeda Zakaria.
Aminuddin menjelaskan, pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab tersebut turut mengambil kesempatan menjual dengan harga yang
agak tinggi walaupun mereka menggunakan barang tiruan.
Katanya, pantauan yang dibuat oleh pihaknya telah mengesan
terlalu banyak penjual yang menjual rekaan tudungnya dan ianya boleh dianggap
tidak terkawal.
“Tudung yang telah dicetak rompak dijual menghampiri
serta ada yang sama dengan harga asal bagi rekaan Fareeda dan walaupun mereka
menggunakan barang yang tidak berkualiti.

“Perkara ini telah berleluasa sejak setahun yang lalu
dan sekarang ini ianya telah menjadi tidak terkawal yang turut melibatkan
syarikat besar serta syarikat kecil,” katanya.