Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1902) MESYUARAT AGUNG KOPERASI USAHAWAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (KUPIM)
14 May 2014

13/5/2014 – Villa Putri, satu mesyuarat agung telah diadakan
disini. Mesyuarat ini bertujuan untuk menentukan ahli lembaga baru bagi Koperasi
Usahawan Pengguna Islam Malaysia (KUPIM) dan menerangkan sedikit informasi
berkaitan KUPIM kepada ahli-ahli baru.
Ahli lembaga didalam KUPIM ini telahpun ditentukan dan
diumumkan didalam mesyuarat agung ini. selain itu, mereka dengan sebulat suara
mengatakan bahawa tahun ini adalah tahun pembersihan atau pembetulan kesilapan
yang terdapat didalam KUPIN sendiri. Mereka mengakui bahawa terdapat banyak
kesilapan didalam KUPIM dan kesilapan itu menjadi satu pelajaran bagi mereka
agar dapat lebih maju dan proaktif dimasa hadapan.
Dengan kesempatan itu, Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata didalam
ucapanya bahawa kita iaitu orang islam hendaklah bersatupadu didalam melakukan
sesuatu. Jika penyatuan ini berjaya, maka suara orang islam akan didengar dan
digeruni oleh pihak lain atau pihak lawan.
Selain itu, Datuk Nadzim mengatakan
bahawa koperasi ini adalah salah satu platfom yang baik untuk usahawan-usahawan
islam didalam Malaysia ini. Maka ini, hendaklah kita menggunakan dengan sebaik
mungkin KUPIM untuk memajukan diri dan bersatupadu dalam melakukan apa jua
benda.

Didalam mesyuarat agung ini, beberapa
ahli lembaga telah meletakkan jawatan dan digantikan dengan orang baru. Mereka
berharap agar ia dapat membaik pulih imej KUPIM dan mampu menaikkan nama KUPIM
ke tempat lebih tinggi dan maju.