Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1917) 21/5/2014 – LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM DI RAWANG
21 May 2014

21/05/2014 – RAWANG. Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengziarahi
satu keluarga yang kehilangan ibu bapanya. Kesemua mereka menanggung kesepian
dan mengalami kesempitan kewangan.

Ibu bapa mereka meninggal pada usia mereka yang sangat muda.
Paling muda diantara mereka berumur 24 tahun. Keluarga ini mempunyai 9 beradik
kesemuanya. Dibawah jagaan al-Taffis dan seorang dari mereka telah dijaga oleh
makcik mereka. Selebih dijaga oleh kakak mereka. Kakak mereka yang bekerja di
sebuah syarikat sebagai khidmat pelanggan yang terletak di puchong. Anak kedua merupakan
seorang wanita yang baru sahaja habis belajar disalah satu institut pengajian
di Malaysia dalam bidang perbankan islam hanya menjaga adik-adiknya dirumah. Disebabkan
tidak ada orang untuk menjaga mereka, maka kakak kedua berkorban untuk menjaga
adik-adik mereka manakala kakak pertama pula bekerja untuk mencari rezeki.
Keadaan rumah yang
serba kekurangan ini ditambahkan lagi dengan sewa yang sangat tinggi membuat
mereka kesempitan dari segi kewangan. Sewa rumah yang dikenakan kepada mereka
adalah tinggi jika dibandingkan dengan harga rumah yang ada disitu. Kenapakah berlakunya
penindasan kepada seseorang yang memerlukan pertolongan. Harga rumah disitu
sepatutnya murah namun mereka mengenakan cas yang tinggi kepada keluarga ini.]

Video from Metro: