Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2 WANITA TEMPATAN DAKWA JADI MANGSA GANGGUAN SEKSUAL PEGAWAI KEDUTAAN ASING – BERITA HARIAN – 10/6/2017
10 Jun 2017

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur akan memanggil pegawai beberapa kedutaan asing di sini bagi membantu siasatan kes melakukan seksual ke atas dua wanita tempatan sejak beberapa tahun lalu.Setakat ini polis masih meneliti laporan dibuat dua wanita berusia 40 dan 59 tahun itu yang mendakwa menjadi mangsa cabul.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isan berkata pihaknya sudah merakam percakapan kedua-dua mangsa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

“Kes sedang ditelityi selain proses merakam percakapan individu terbabit termasuk pegawai kanan beberapa kedutaan asing di sini. Siasatan oleh Bahagian Jenayah Seksual dan Kanak-kanak (D11), Polis Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dua wanita tempatan berkenaan, mendakwa pernah dicabul pegawai kanan kedutaan sejak beberapa tahun lalu, namun baru mendedahkan perbuatan itu kerana tidak tahan lagi menjadi mangsa.

“Perbuatan mereka menyebabkan saya terpaksa bertukar kerja dari satu kedutaan ke kedutaan lain. Saya sudah berkhidmat di lapan pejabat kedutaan asing dalam tempoh 17 tahun,” kata seorang daripada mereka.

KEKEBALAN DIPLOMATIK

Yang terdahulu, mangsa mendedahkan kejadian berkenaan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk khidmat nasihat, terutama berhubung kekebalan atau imuniti diplomatik dimiliki individu yang mencabulnya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual sejak tiga bulan lalu selepas satu setengah tahun berkhidmat dengan pejabat kedutaan sebuah negara Asia Barat di ibu negara.