Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2043) UTUSAN 9/7/2014 – Blog, WhatsApp PPIM dapat maklum balas positif
09 Jul 2014


Blog, WhatsApp PPIM dapat maklum balas positif

KUALA LUMPUR 8 Julai – Usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyediakan laman blog dan aplikasi WhatsApp bagi membolehkan penyaluran maklumat mengenai kegiatan mesin judi haram mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, orang ramai yang menghubungi persatuan itu menyatakan sokongan dan mahu usaha berkenaan diteruskan sebagai perjuangan murni bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala tersebut.

“Laman blog dan aplikasi WhatsApp ini baru dihebahkan dan orang ramai semestinya memerlukan masa untuk mengumpul maklumat bersama gambar.

“Mereka yang menghubungi kami menyambut baik usaha itu dan menyatakan komitmen untuk mula mencari serta menyalurkan maklumat menerusi medium yang disediakan ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Laman rujukan tempat maksiat berkenaan diwujudkan sebagai medium bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh masyarakat dengan butiran peribadi mereka dirahsiakan.

Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghantar gambar dan alamat ke aplikasi WhatsApp di talian 019-9130000 atau emel muslimconsumers@gmail.com serta pihak berkuasa juga boleh melihat segala maklumat yang diberikan di laman blog http://lamanmaksiat.blogspot.com.