Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2254) SINAR HARIAN – 17/12/2014 – Nadzim, Pembantu Dibebaskan
17 Dec 2014

Nadzim dan Tengku Faedzah bersama beberapa ahli persatuan itu di luar mahkamah.

KUALA LUMPUR – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan pembantunya, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini daripada tuduhan mencederakan seorang aktivis lain, Mac lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Nur Azura Murah terhadap Datuk Nadzim Johan dan Tengku Faedzah Raja Fuad selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakimannya, Nur Azura berkata, tiada pembuktian konklusif untuk menyokong keterangan mangsa.

“Dalam keterangannya, mangsa mendakwa beliau mengalami sakit belakang akibat daripada insiden itu namun berdasarkan laporan perubatan, ia adalah disebabkan faktor usia,” katanya.

Beliau berkata, keterangan mangsa bahawa dia disepak pada kaki sebelah kiri tidak dapat dibuktikan.

“Salinan rakaman litar tertutup kabur dan tidak jelas,” katanya.

Nadzim dan Tengku Faedzah selaku orang kena saman (OKS) didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Adam Mikail, 43, yang juga pemegang kerakyatan tetap di Perancis.

Perbuatan itu didakwa dilakukan  di Tingkat 3, Kondominium Villa Puteri, Jalan Tun Ismail, di sini jam 12 tengah hari, pada 28 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Ravindran mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Nadzim, 54, dan Tengku Faedzah, 32, diwakili peguam bela, Ahmad Zaidi Zainal.

Seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding berlangsung.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/nadzim-pembantu-dibebaskan-1.342317