Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2245) SEMINAR HIBURAN DAN ISLAM : Rasonalisasi dan Imej Sekitar Seminar
07 Dec 2014

Hari Pertama
 
Ucapan Perasmian
Oleh : YBhg. Tengku Azwil B Tunku Abdul Razak

Ucapan Tema
Tema “Industri Hiburan Ke Arah Kebaikan Pengguna”
Oleh : Dr Izham Nayan

Sesi 1 :

Hiburan Dalam Islam Dan Keperluan Hiburan Kepada Insan
Penceramah 1 – Prof. Dato’ Dr Baharudin Ahmad
Penceramah 2 – Tuan Guru Hj Abdul Raof Bin Nurin

Sesi 2 :

Filem/Drama Mengikut Perspektif Islam
Penceramah 1 – Prof. Dr. Naim Hj. Ahmad
Penceramah 2 – Ustaz Nabil Ahmad

Sesi 3 :

Arah Tuju Industri Hiburan Yang Berlandaskan Hukum Islam
Penceramah 1 – Dato’ Hj. Che Mohd Rahim Bin Hj. Jusoh
Penceramah 2 – Prof. Dr Abu Hassan Hasbullah

Persembahan Nasyid : Kasif Qasidah, Kuala Lumpur

Hari Kedua

Sesi 4 : Halangan/ Rintihan Penerbit Dalam Menghasilkan Karya Islamik
Penceramah 1 – Ustaz Syed Shahridzan Bin Syed Mohamed
Penceramah 2 – Pengarah Aziz M. Osman

Sesi 5 : Muzik Dan Islam.
Penceramah 1 – YBhg Dato’ Abdul Majid Bin Omar

Sidang Pleno : Indurstri Hiburan Ke Arah Kebaikaan Pungguna

1. Pengerusi : Dr Izham bin Nayan
2. YBhg. Datuk Nadzim Johan (PPIM)
3. Y.Bhg. Prof. Dr. Naim Hj. Ahmad (USIM)
4. Encik Azmil Mustapha
 5.Tuan Guru Hj Abdul Raof Bin Nurin

Berhibur adalah fitrah semulajadi
manusia. Hiburan merupakan suatu perkara yang disenangi oleh naluri insan.
Kebanyakan manusia menjadikan hiburan sebagai saluran kreativiti yang
mencerminkan gambaran pemikiran, emosi, dan inovasi manusia. Hiburan juga adalah
gabungan keindahan seni, kehalusan bahasa dan keunikan budaya manusia yang
mampu mententeramkan jiwa dan melahirkan kegembiraan.

Sebagai agama yang menepati
keperluan fitrah, Islam tidak menghalang umatnya berhibur, namun hiburan di
sisi Islam perlu disuluh dan dipandu mengikut nilai-nilai murni yang dibawa
oleh Islam.
Sebagai seorang muslim, kita
hendaklah meyakini bahawa cara hidup Islam adalah yang amat sempurna dan pasti
dapat memenuhi kesemua aspek keperluan hidup manusia. Syariat Islam diturunkan
bukanlah untuk menyekat kebebasan manusia tetapi ia bertujuan untuk mengawal
dan mengatur keperluan manusia untuk menjamin kesejahteran dan kebahagiaan
hidup yang berpanjangan. 
Hiburan dalam Islam adalah suatu yang
menenangkan dan mendidik jiwa. Bahkan melakukannya bukan hanya semata-mata
untuk mencari keseronokan dan memenuhi runtunan nafsu tanpa batasan.
Konsep berhibur dalam Islam
adalah dengan tujuan untuk membangunkan dan memdamaikan jiwa, menenangkan fikiran
dan merehatkan rohani serta jasmani. Persoalannya, bagaimanakah gaya dan cara
berhibur yang kita lakukan pada hari ini? Adakah ia selari dengan
apa yang digariskan oleh syariat Islam? Apakah hiburan tersebut benar-benar
mententeramkan jiwa kita dan tiada terpalit dengan unsur-unsur noda dan dosa?
Melihat kepada realiti hiburan
kita pada hari ini, dapat dirumuskan bahawa sebahagaian besar hiburan kita
gagalmencapai matlamatnya. Bukan sahaja hiburan tersebut gagal memberi
ketenangan jiwa dan kedamaian dalam sanubari kita, malah ia telah mencetuskan
masalah dan kecelaruan di dalam kehidupan. Ini kerana hiburan tersebut tidak
berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat. Ia hanya bertujuan
memenuhi runtunan nafsu semata-mata. Hiburan yang ada bukan sahaja tidak
mendidik jiwa, malah mendorong kepada kelalaian, maksiat dan pergaulan bebas
yang akhirnya mengundang kepada gejala sosial yang merosakkan kesejahteraan
hidup umat Islam.