Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
875) BERITA HARIAN 3/9/13: PENGGUNA SERBU STESEN KERETA
03 Sep 2013

Kuala Lumpur:
Kebanyakan stesen minyak di seluruh negara semalam sesak, susulan kenaikan
harga petrol RON95 dan diesel, berkuat kuasa tengah malam tadi.
Tinjauan BH di
beberapa stesen minyak sekitar Lembah Klang mendapati orang ramai sanggup
beratur panjang menunggu giliran bagi mengisi minyak kenderaan masing-masing.
Selain itu, ada juga
stesen minyak yang terpaksa meletakkan tanda ‘minyak habis’ di pam
masing-masing berikutan kehabisan bekalan disebabkan permintaan mendadak.
Semalam, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan
diesel sebanyak 20 sen, bermula tengah malam tadi.
Syor cari cara
ringan beban
Sementara itu,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mencari mekanisme
baru khusus bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak.
Ketua Aktivisnya,
Datuk Nadzim Johan, berkata langkah menaikkan harga minyak adalah wajar dalam
membantu meningkatkan ekonomi negara, namun subsidi minyak seharusnya terus
diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
“Harga minyak
terpaksa dinaikkan oleh kerajaan berikutan harga minyak pasaran dunia
meningkat. Dalam isu ini, golongan paling terjejas adalah mereka yang
berpendapatan rendah dan sederhana.
“Saya
menyarankan kerajaan terus membantu golongan yang terjejas akibat kenaikan
minyak, berbanding memberi subsidi kepada semua lapisan masyarakat,”
katanya ketika dihubungi semalam.
Sebelum ini,
kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter
bagi diesel, dengan memperuntukkan RM24.8 bilion setahun.
Tinjauan BH di
sekitar stesen minyak di Lembah Klang mendapati orang ramai memberi reaksi
berbeza susulan kenaikan harga RON95 dan diesel.
Isu merunsingkan
rakyat
Zarul Ikhwan, 29,
berkata isu kenaikan harga minyak sentiasa merunsingkan rakyat kerana ia akan
mengakibatkan kos harga barangan lain juga turut meningkat.

“Ramai yang
tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak tetapi saya mengambil langkah
untuk berjimat dengan menggunakan motosikal kerana perjalanan ke tempat kerja
yang jauh,” katanya.