Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
960) HARIAN METRO 31/10/13-Perdaya yuran kecergasan RM10,000
05 Nov 2013

Kuala Lumpur: Mengenakan bayaran sehingga mencecah puluhan
ribu ringgit, sebuah pusat yang menawarkan sesi latihan kecergasan dan bina
badan di ibu negara dikesan memperdaya orang ramai untuk mengaut keuntungan
mudah sedangkan ramai pelanggannya gagal mendapat bentuk badan diidamkan.
Perkara itu didedahkan Aktivis Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) Dr Izham Nayan hasil aduan diterima daripada orang ramai
baru-baru ini yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan syarikat
berkonsepkan kecergasan itu.
Katanya, pada peringkat awal, mangsa akan ditawar
menjadi ahli dengan yuran pendaftaran RM10,000 untuk mendapatkan kad akses
untuk menjalani latihan di pusat berkenaan.
“Selepas mendaftar sebagai ahli, seorang
perunding akan memberikan penerangan mengenai program disediakan termasuk
bayaran yang dikenakan.
“Kemudian mereka akan diberikan jadual untuk
menghadiri latihan kendalian seorang jurulatih selama dua kali seminggu.
“Tidak lama selepas itu, mereka mendapati
latihan yang diterima tidak seperti dijanjikan, malah kita juga difahamkan, caj
dikenakan jauh lebih tinggi daripada tawaran awal,” katanya.
Dr Izham berkata, siasatan awal pihaknya mendapati
perniagaan itu beroperasi sejak lebih empat tahun lalu dengan menjadikan
kesihatan serta kecergasan sebagai produk untuk memerangkap mangsa yang
kemudiannya terpaksa membayar harga yang mahal.