Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
987) HARIAN METRO 14/11/13-Dibelasah pengarah syarikat
15 Nov 2013

Byline / Author: Oleh Yusmizal Dolah Aling; Nur
Hamizah Abd Kadir
  
Kuala Lumpur: “Saya bukan saja ditampar, malah
dicekik, disepak dan dipijak sebanyak lima kali oleh enam kakitangan syarikat
berkenaan.
“Ia berpunca daripada tindakan saya mahu
membocorkan maklumat penyelewengan syarikat berkenaan yang terbukti menipu rakan
kongsi selepas akauntan sendiri mendedahkan maklumat yang ada di dalam
simpanan,” kata salah seorang bekas pekerja syarikat sewa kenderaan yang
mendakwa dipukul kakitangan syarikat sehingga menyebabkan kecederaan.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Shahrul, 19,
berkata, kejadian bermula apabila dia masuk ke pejabat berkenaan selepas
dipanggil kakitangan syarikat ketika sedang makan di gerai makan berhampiran.
“Mereka beri alasan ingin menyuruh saya
menandatangani satu surat perjanjian berkenaan dengan notis berhenti kerja yang
saya serahkan beberapa hari sebelum itu.
“Tetapi kemudian mereka mula menyoal saya
macam-macam sebelum bertindak memukul saya,” katanya yang bekerja di situ
sejak enam bulan lalu
Katanya, dia ditampar pengarah syarikat terbabit selepas
enggan bekerjasama sebelum dicekik dan disepak kakitangan lain termasuk
suaminya yang juga pengurus di situ.
“Selepas saya jatuh ke lantai, mereka terus
memijak saya berkali-kali sebelum seorang lagi rakan datang untuk menarik saya
keluar,” katanya.
Menurut Shahrul, dia disoal berulang kali oleh
kakitangan berkenaan dan mereka bertindak demikian kerana takut semua penipuan
serta penyelewengan syarikat didedahkan kepada umum.
“Saya ada semua bukti membabitkan penipuan
mereka. Sebab itu mereka pukul saya dengan teruk untuk mengelakkan rahsia
mereka terbongkar,” katanya.
Bagaimanapun, Shahrul menegaskan, kejadian
berkenaan tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk mendedahkan penipuan
dan penyelewengan membabitkan dia dan 16 orang rakan lain seperti yang
disiarkan akhbar ini, semalam.
Kelmarin, dia bersama rakan kongsi lain mengadu kes
mereka ditipu pengarah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kenderaan
kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim
Johan.