Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ADUAN PILIHAN-Pemaju Regalia Service Apartment ( Milik Perniaga Hong Kong) Di Jalan Kucing Adalah Antara Kumpulan Paling BERKUASA Dan KEBAL Di Malaysia ?
22 Dec 2010

Aduan ini diterima oleh PPIM dan meminta pandangan daripada masyarakat semua. Ingatlah  “ Satu Suara, Satu Kuasa”. Sedarlah kuasa kita sebagai pengguna. Marilah kita satukan keluatan kita dan bertindak sebagai satu kumpulan.


Pemaju Regalia Service Apartment ( Milik Peniaga Hong Kong)  Di Jalan Kuching Adalah Antara Kumpulan Paling  BERKUASA Dan KEBAL  Di Malaysia ?
Kenyataan di atas adalah tanggapan  penduduk berhampiran projek tersebut di atas kerana mereka ini boleh meneruskan kerja selepas waktu ditetapkan selama bertahun. Mereka boleh bekerja di hari Ahad dan cuti am. Mereka boleh sesuka hati buat kerja walaupun menyalahi undang-undang. Walaupun telah dijanjikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengeluarkan STOP Work Order tapi masih meneruskan kerja.
Walaupun dah keluar Malay Mail dan Harian Metro, dah report kat MACC, dah report kat KP DBKL, dah keluar kat Radio, mereka masih tak kisah. Aduan puluhan kali kepada DBKL pun nampknya tak ada perubahan. Rakyat perlu baca dan nilai apa nak jadi kepada masyarakat kita kalau ini boleh terjadi secara terang-terangan tanpa segan dan silu di pihak yang berkenaan.
Nampaknya mereka telah  membawa budaya kurang ajar melampau, hendak mengambil tanah orang untuk membuat laluan keluar di projek tersebut secara penuh muslihat dan senyap2. Banyangkanlah betapa terror nya mereka, mereka memperolehi  Development Order tanpa  mempunyai jalan keluar.  Mari kita tengok cerita ini:-
“ Saya mewakili Persatuan Penduduk Villa Putra dan Villa Putri ingin berkongsi kesengsaraan disebabkan kelembapan agensi-agensi berkaitan gagal melaksanakan tugas mereka dengan berkhemah. Kegagalan ini telah menyebakan orang ramai hilang keyakinan kepada pihak berkuasa dan kerajaan  yang nampaknya cakap tak serupa bikin. Nampaknya slogan Rakyat Diutamakan tidak lagi menjadi dasar nampaknya.”

Untuk memahami background cerita, berikut adalah isi surat yang dihantar kepada YBM Dato Raja Nong Chik yang dihantar  kepada PPIM untuk dikongsi bersama.