Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
‘Mohon bincang, tak dilayan…’ – Metro Online – 12/7/2017
12 Jul 2017

Snapshot(6)

“KITA mohon berbincang cara elok, tidak dilayan jadi kita ke sana untuk menemani pengadu ambil balik kereta.

“Saya ke sana untuk menemani pengadu mendapatkan semula kereta mereka yang disimpan syarikat itu. Itu saja saya mampu buat untuk membela mangsa kerana kita tiada kuasa,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi.

Pada sidang media pertama selepas isu penipuan syarikat pajakan kereta kelmarin, aktivis berkenaan yakin tindakannya betul selain merujuk kepada pihak berwajib dan peguam terlebih dulu.

Katanya, dia membuat laporan sebelum dan selepas ke premis penyimpanan kereta itu Isnin lalu tanpa sebarang tujuan melakukan provokasi.

“Kita tak bawa apa-apa senjata, alat pemotong pun pinjam kedai sebelah. Saya pun tahu, sebab itu kita rakam apa yang berlaku. Belum pernah orang menceroboh bawa kamera dan buat liputan. Rekod semua perbualan dan rujuk dulu kepada peguam.” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan peguam Datuk Hishamuddin Hashim, hari ini.

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/244255/mohon-bincang-tak-dilayan