Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1955) 29/05/2014 – PPIM dan MAWAR boikot semua produk Cadbury
29 May 2014

29/05/2015 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (mawar) telah bersatu untuk
memboikot Cadbury dalam satu sidang yang dibuat di pejabat PPIM.
Mawar telah bersetuju untuk menarik dan tidak menjual
kesemua produk Cadbury dan tindakan ini telahpun diturukkan kepada kesemua ahli
mawar – kata Tuan Basir Ahmad Penasihat Persatuan. Katanya disini, tindakan ini
dibuat ata sebab keraguuan terhadap produk Cadbury ini. Kementerian Kesihatan
telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa terdapat DNA babi/kinzir didalan 2
produk mereka. Maka ini penasihat mawar mengatakan bahawa mereka meragukan
perkara itu dan menarik semua produk dan tidak menjualnya sehinggalah masalah
keraguaan ini diselesaikan.
Dari pihak PPIM, Tuan Sheikh Kareem mengatakan bahawa kami
pengguna terasa tertipu dan sekaligus menghancurkan rasa kepercayaan kepada
syarikat ini. Kepercayaan yang telah lama ditanam kepada syarikat ini nampaknya
telah hilang disebabkan kenyataan bahawa terdapat DNA babi didalam beberapa
produk mereka.
Tuan Basir meminta pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan
satu kenyataan akhir untuk pemasalahan ini. Ini adalah untuk mengelakkan dari
perkara-perkara yang tidak dingini berlaku.
Selain itu, mawar meluahkan rasa kesal dengan sikap yang
ditunjukkan oleh syarikat ini kerana sudah hamper 3 bulan tetapi pihak mereka
tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan ini dan tindakan terhadap
masalah ini.