Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SYOR DENDA RM2 JUTA, GANTUNG LESEN FIRMA INGKAR – BERITA HARIAN – 22/5/2017
22 May 2017

BERITA HARIAN 22.5.2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan syariakt insurans yang gagal mematuhi liberalisasi kadar premium motor mulai 1 Julai ini didenda sehingga RM2 juta dan diagntung lessen.

Langkah lain bagi memastikan syarikat insurans tidak melanggar dasar itu ialah dengan menggabungkan syarikat insurans bagi mengurangkan kos operasi bagi mendorong kadar premium ke atas kenderaan diturunkan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) perlu bertindak tegas terhadap syarikat insurans jika mengambil kesempatan menaikkan kadar premium kenderaan apabila dasar itu dilaksanakan.

TAK BERLEMBUT

Katanya, kerajaan tidak boleh berlembut jika mahu memastikan syarikat insurans patuh kepada dasar berkenaan kerana ia akan membabitkan kepentingan dan kos perbelanjaan jutaan pengguna di seluruh negara.

“ Sekiranya syarikat insurans menaikkan juga kadar premium, kerajaan boelh mengambil tindakan seperti membatal atau menggantung lesen mereka. Paling tidak, jika sudah diberi amaran tetapi tetap berdegil, Kerajaan boleh mendenda syarikat terbabit sehingga RM2 juta, bukan puluhan ribu ringgit.

“ Kita percaya jika ada syarikat sudah dikenakan tindakan tegas, sudah tentu syarikat lain akan berasa gentar akan dikenakan tindakan sama dan akan berusaha untuk patuh kepada dasar itu,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang kerajaan tidak membenarkan syarikat insuran menaikkan kadar premium insurans kenderaan tanpa mengemukakan alasan kukuh.

Nadzim berkata, pengguna juga perlu berperanan menangani isu ini dengan membuat laporan kepada BNM atau agensi berkaitan agar syarikat yang ambil kesempatan menaikkan kadar premium apabila dasar liberalisasi itu berkuat kuasa disiasat serta diambil tindakan susulan.

“ Pengguna tidak boleh berharap kepada kerajaan atau BNM sahaja untuk menangani masalah ini. Mereka perlu bantu dan berperanan dengan melaporkan kepada kerajaan jika mengesan manipulasi kadar premium insurans kenderaan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Klauster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Wan mansor Wan Mahmood, berkata BNM tidak boleh tunduk dengan pelbagai permintaan syarikat insurans dalam isu ini kerana ia menyentuh kos sara hidup rakyat dan pengguna.

BANTU KURANGKAN BEBAN KOS SARA HIDUP

Katanya, BNM perlu memastikan segala kenaikan kadar premium perlu mendapat kelulusan pihaknya dan segala perbincangan mengenainya harus memberikan keputusan sama menang kepada semua pihak berkepentingan.

“ Di sinilah BNM perlu menggunakan kuasa mereka. Apa guna BNM jika segala permintaan syarikat insurans dipenuhi tanpa mengambil kira pengguna. Sepatutnya syarikat insurans sama-sama membantu kerajaan dan pengguna dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Beliau turut mencadangkan syarikat insurans bergabung menjadi satu firma lebih besar bagi membolehkan operasi dan perkhidmatan mereka lebih berkesan, sekali gus dapat membantu mengurangkan kadar premium kenderaan.